JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menahan 17 warga negaranya, termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, masing-masing berusia tiga dan dua tahun yang pulang dari Syria kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti radikal.
Jurucakap Imigresen Indonesia, Agung Sampurno berkata, kesemua mereka ditahan oleh unit anti-pengganas bagi tujuan siasatan.
“Mereka masih siasat. Jika kami mendapati mereka ada kaitan dengan jenayah dan keganasan, kami akan meneruskan siasatan.
“Jika tidak, mereka akan dibebaskan kepada keluarga masing-masing,” kata Ketua Densus 88, Eddy Hartono. Beliau dari unit anti-pengganas.
Indonesia sedang melakukan pemantauan kepulangan berpuuh-puluh rakyatnya berikutan kebimbangan pembabitan dalam rangkaian kumpulan radikal dan menyediakan kemahiran dan perkakasan bagi melancarkan serangan besar-besaran di dalam negara.
Polis membunuh seramai 33 orang dan menahan 170 orang pada tahun 2016 kerana cuba melancarkan serangan. Jumlah itu naik dengan ketara berbanding tahun 2015.
Serangan senjata api dan bom di Jakarta pada Januari 2016 mengorbankan empat mangsa dipercayai didalangi oleh kumpulan militan IS. – MalaysiaGazette