RIYADH – Seorang putera Arab Saudi, Putera Mansour bin Murqrin terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas berhampiran sempadan Yaman.
Ketika kejadian Putera Mansour yang juga Timbalan Gabenor Wilayah Asir sedang terbang bersama-sama beberapa pegawai kerajaan.
Punca nahas masih belum diketahui.
Semalam, Arab Saudi berkata, ia memintas peluru berpandu yang dibedil dari Yaman ke Lapangan Terbang Riyadh.
Arab Saudi juga sedang menyiasat beberapa orang yang terlibat dengan rasuah, termasuk 11 kerabat diraja dan empat menteri.
Putera Mansour yang maut dalam kejadian itu adalah anak lelaki kepada bekas putera mahkota.
Bapanya, Muqrin bin Abdul Aziz telah disingkirkan oleh abang tirinya, Raja Salman selepas beberapa bulan mengambil pemerintahan Arab Saudi pada tahun 2015.
Nasib penumpang-penumpang lain dalam helikopter itu masih belum diketahui tetapi media Okaz berkata, kemungkinan tiada yang selamat.
Nahas itu berlaku ketika kumpulan berkenaan sedang melakukan pemeriksaan udara. – MalaysiaGazette