SYDNEY – Menteri Pengangkutan Malaysia akan bertemu dengan keluarga pesawat Malaysia Airlines MH370 di Perth pada hari ini.
Persetujuan itu dibuat selepas sekumpulan keluarga melobi untuk bertemu Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kumpulan Voice370 berkata, seorang jurucakap mereka, Weeks Danica akan menyampaikan surat peribadi kepada Tiong Lai, meminta supaya pencarian pesawat MH370 itu diteruskan.
Minggu lalu, Malaysia, Australia dan China mengumumkan untuk menggantung pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak bulan Mac 2014.
“Saya akan menerima surat mereka pada hari ini, saya akan bertemu beliau dan berharap kami boleh mengadakan perbincangan yang baik,” katanya kepada pemberita di Perth pada Isnin.
Pesawat Boeing 777 hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur denganĀ 239 orang penumpang dan anak kapal.
Kegagalan mengesan pesawat itu mencetuskan misteri penerbangan yang besar di dunia.
Tiong Lai Liow mengulangi kenyataan pencarian hanya akan dimulakan semula jika terdapat bukti baru yang boleh dipercayai.
“Kami akan mencari serpihan … kami komited untuk meneruskan usaha dan kami berharap boleh mendapatkan lebih banyak bukti yang dipercayai,” katanya. – MalaysiaGazette