Home Sukan West Ham pecat Bilic, Moyes bakal pengganti

West Ham pecat Bilic, Moyes bakal pengganti

Slaven Bilic.

LONDON – West Ham memecat jurulatihnya, Slaven Bilić selepas hanya mencatat dua kemenangan sahaja selepas 11 perlawanan dan kini berada di zon penyingkiran.

Keputusan itu susulan The Hammers dibelasah 1-4 menentang Liverpool pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman web rasmi kelab tersebut, Pengerusi dan ahli majlis West Ham United ingin mengucapkan terima kasih kepada Slaven untuk perkhidmatan sepanjang dua tahun setengah ini.

“Tetapi kami mempercayai satu perubahan adalah diperlukan bagi memberikan peluang kepada kelab untuk maju ke depan dan selari dengan cita-cita,” menurut kenyataan itu.

Bekas pengurus Everton dan Manchester United, David Moyes disebut-sebut akan menggantikan Biic di Stadium London sehingga akhir musim ini.

Moyes pula tidak menguruskan mana-mana pasukan sejak meninggalkan Sunderland pada akhir musim lalu, namun menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan itu.

Menurut Sky Sports, bekas pengurus Everton dan Manchester United itu akan dilantik untuk mengisi kontrak selama enam bulan pada Selasa sehingga akhir musim ini. – MalaysiaGazette