KUALA LUMPUR – Perlawanan persahabatan bola sepak antara TNB dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dilihat sebagai satu platform dalam memperkukuhkan lagi hubungan baik sedia ada antara TNB dan pengamal-pengamal media tempatan disini baru-baru ini.
Menurut Pengurus Besar (Perhubungan Awam & Dalaman) TNB, Datuk Omar Sidek, penganjuran sukan persahabatan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik sedia ada antara TNB bersama pihak media tempatan.
“Kita juga menghargai jasa baik pihak media yang selama ini membantu TNB menguar-uarkan berita-berita positif mengenai TNB kepada masyarakat,” katanya selepas menyempurnakan simbolik penyerahan set jersi tajaan TNB kepada Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) BERNAMA, Datuk Mokhtar Hussain di sini, Sabtu lalu.
Sementara itu, Mokhtar turut berterima kasih kepada TNB yang selama ini membantu serta memberi kerjasama yang baik dengan pihak BERNAMA.
“Diharapkan kerjasama TNB dengan pengamal-pengamal media tempatan dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk kebaikan bersama,” katanya lagi.- MalaysiaGazette
Comments are closed.