KUALA LUMPUR – Tiada kata yang dapat diungkapkan oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida apabila berbangga dengan pencapaian anak angkatnya, Mohd. Daniel Firdaus yang menerima Ijazah Pengurusan Pengurusan di hari Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-12, hujung minggu lalu.
Umie Aida menerusi akaun instagram turut meluahkan rasa terharu apabila anak angkatnya itu berjaya dalam pelajaran.
Jelas Umie ini kerana Daniel diserahkan kepadanya ketika dia baru berusia 20 tahun dan menjadi satu tanggungjawab besar menjadi ibu pada usia muda.
“Seusia me 20 tahun me telah memikul tanggungjwp seorg ibu. Yeaa.. berat tanggungjawap mendidik & membesarkan anak2 masa seusia itu , lebih kurang mcm ibu tunggal.
“Susah senang , pahit manis adalah jalan cerita yang indah dalam hidup me. Alhamdulilah… Dan hari ini me bangga dgn percapaian anak2 me.. terima kasih @danialfirdaus12 & @dzulhelmy22 🙏 semoga berjaya dunia akhirat,” luah Umie berterus-terang.
Umie bernikah dengan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac 2010 di Tanah Suci Mekah dan sehingga kini belum dikurniakan zuriat. – MalaysiaGazette
Comments are closed.