Home Dunia Trump batal lawatan ke DMZ

Trump batal lawatan ke DMZ

Zon penampan bersenjata di sempadan Korea Utara dan Korea Selatan. foto Agensi

SEOUL – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, terpaksa melepaskan hasratnya untuk melawat zon penampan (DMZ) antara Korea Utara dan Korea Selatan akibat cuaca buruk.

Helikopter yang membawa Trump telah berlepas dari pangkalan tentera Amerika Syarikat rison Garrison Yongsan di Seoul – tetapi kemudian berpatah balik.

Trump kini dalam lawatan dua hari ke Korea Selatan – salah satu negara dalam kunjungannya ke lima negara Asia.

Semalam, Trump menggesa Pyongyang untuk ‘berada di meja rundingan’ bagi menghentikan program nuklearnya.

Jurucakap White House, Sarah Sanders berkata, lawatan itu dibatalkan kerana kabus, sambil menambah Trump kecewa berikutan pembatalan itu.

Trump sepatutnya menyertai Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang sudah pun tiba di DMZ.

White House berkata, sebelum ini Trump tidak mempunyai rancangan untuk ke DMZ, yang digambarkan destinasi itu sebagai ‘klise’ kerana beberapa presiden dan pegawai Amerika Syarikat telah melawat zon itu. – MalaysiaGazette