Home Utama Pembangkang ramai pemimpin penyangak – Hadi Awang

Pembangkang ramai pemimpin penyangak – Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir, Pas mengulangi pendirian parti itu untuk tidak bersama dengan blok pembangkang yang terdiri daripada PKR, PPBM, DAP dan Amanah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya hari ini berkata, pendirian itu berikutan terdapat ramai ‘pemimpin penyangak’ dalam Pakatan Harapan (PH) atau paling tidak bersubahat dengan veteran ‘pemimpin penyangak’.

Justeru, Hadi menegaskan partinya tidak akan berkompromi dengan sebarang perbincangan untuk melakukan kerjasama dengan PH seperti yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin PH sebelum ini.

“Pas tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.

“Dan tuduhan sama yang bertali arus laksana mata rantai atau biji tasbih yang dibilang setiap kali berwirid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Hadi, dalam kalangan pemimpin-pemimpin PH juga ramai yang tidak layak untuk menjadi saksi kepada sesuatu kes yang memerlukan saksi, berbanding dengan pimimpin-pemimpin dari kalangan parti Pas.

“Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan Pas,” tambahnya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memuji sikap ditunjukkan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang mungkin tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan namun tidak menjatuhkan kerajaan menerusi cara tidak sopan.

“Beliau bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan, namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan.

“Berbeza dengan Pas yang menjadi pembangkang yang menasihat, namun sama-sama berpegang kepada konsep nasihat,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. orang fasik tak bolih jadi saksi termasuklah saksi nikah .maksud fasik itu sebahagiannya sembahyang tak cukup , . walaupun hadi tak ulas kita kena faham lah topik dia, pas saja yang sempurna islam . hati yang ada penyakit tuhan tambah lagi penyakit sehingga dia rasa dia saja sempurna orang lain kafir . renungkanlah

Comments are closed.