LONDON – Arsenal membenarkan bintang tengah Mesut Ozil menyertai Manchester United pada musim sejuk Januari ini.
Bagaimanapun, The Red Divils diletakkan syarat perlu membayar klausa berjumlah £30 juta (RM165 juta) untuk pemain tersebut.
Bintang antarabangsa Jerman itu berada di penghujung kontrak bersama the Gunners dan kali terakhir pemain itu berbincang mengenai kontrak baharu adalah pada Mac lalu.
Bekas pemain Real Madrid berusia 29 tahun itu telah menghabiskan tiga musim bersama skuad Jose Mourinho di Santiago Bernabeu dan didakwa masih berhubung dengan pengurus kelahiran Portugal itu.
Jika Arsene Wenger tidak menyambung kontrak Ozil, pemain itu boleh meninggalkan kelab itu secara percuma tanpa terikat dengan sebarang klausa perpindahan.
Laporan Daily Star mendakwa bahawa Arsenal mahu Mourinho membayar £30 juta untuk Ozil jika memerlukan khidmat pemain itu di Theatre of Dreams.
Ozil masih layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini bersama mana-mana kelab yang akan disertai pada Januari ini walaupun sedang beraksi dalam liga Eropah bersama Gunners musim ini.
Kali terakhir Arsenal menjual pemainnya kepada Manchester United ialah pada tahun 2012 apabila penyerangnya Robin van Persie berhijrah dengan nilai £22.5 juta. – Agensi