Home Sukan Saya akan berjuang untuk kekal – Luke Shaw

Saya akan berjuang untuk kekal – Luke Shaw

Luke Shaw menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Manchester United.

MANCHESTER – Luke Shaw menolak tawaran dari Fenerbahce pada perpindahan Januari ini dan memilih untuk berjuang merebut tempat dalam kesebelasan utama di Manchester United.

Pemain pertahanan kiri itu hanya membuat dua penampilan selakuk pemain gantian musim ini.

Shaw, 22, kini berada di belakang Ashley Young, Daley Blind dan Matteo Darmian dalam barisan pilihan Jose Mourinho.

Setakat ini Shaw hanya bermain dalam saingan Piala Carabao sejak bangkit dari kecederaan pergelangan kaki buku lali.

Prestasi Shaw di Old Trafford yang hadir dengan nilai £27 juta pada 2014 merudum selepas dia patah kaki ketika beraksi menentang PSV dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada 2015. – MalaysiaGazette