Home Dunia Korea Selatan, China setuju tangani isu Korea Utara

Korea Selatan, China setuju tangani isu Korea Utara

Moon Jae-in

SEOUL – pemimpin Korea Selatan dan China pada Sabtu bersetuju untuk mengendalikan situasi keselamatan di Semenanjung Korea secara stabil.

Malah kedua-dua negara itu juga berjanji akan menangani ketegangan melibatkan Korea Utara secara aman, kata pejabat Presiden Korea Selatan itu.

Untuk itu, kedua-dua negara itu difahamkan, akan mengukuhkan lagi dialog strategik pada semua tahap, menurut jurucakap presiden, Yoong Young-chan di Danang Vietnam.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Xi Jinping telah mengadakan pertemuan semasa menghadiri Sidnag Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.

Jinping memberitahu Jae-in bahawa dia menggalakkan Korea Selatan untuk terus berdialog dengan Korea Utara dan terlibat semula dengan mereka untuk mencapai proses pendamaian dan melepaskan hasrat ujian nuklear, menurut agensi berita Xinhua.

Semenanjung Korea brtambah tegang Oktober lalu selepas Korea Utara dan AS bertikam lidah mengecam sesama mereka dan AS mengutuk program Nuklear dan peluru berpandu balastik Korea Utara.

China menggesa Korea Selatan dan AS mengambil pendekatan lebih aktif untuk menangani isu nuklear Korea Utara.

Beijing berkata ia sedang berhubung dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan melakukan segala yang mampu untuk menghalang segala usaha negara terpencil itu. – MalaysiaGazette