HALABJA – Gempa bumi dengan 7.3 magnitud melanda utara sempadan Iran dan Iraq, dikhuatiri mengorbankan beratus-ratus mangsa.
Setakat ini, gempa bumi kuat itu telah menyebabkan 61 orang terbunuh dan 300 cedera di barat Iran. Manakala empat orang maut di Iraq.
Angka kematian dijangka meningkat.
Gempa bumi itu telah mencetus panik dengan kebanyakan penduduk keluar dari kediaman masing-masing dan berada di atas jalan-jalan raya.
Ketua Perkhidmatan Kecemasan Iran, Pir Hossein Koolivand yang dipetik oleh agensi berita IRINN, semasa kejadian itu kebanyakan mangsa berada di bandar Sarpol-e Zahab kira-kira 15 kilometer dari sempadan Iran.
Sekurang-kurangnya lapan perkampung mengalami kerosakan
Beberapa perkampungan mengalami gangguan bekalan elektrik dan sistem telekomunikasi.
Para penyelamat pula terpaksa berhadapan dengan masalah tanah runtuh.
Sementara itu, Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu melanda 19 batu barat daya Halabja, berhampiran sempadan timur laut dengan Iran.
Ia berlaku pada kedalaman 33.9 km (21 batu) dan gegaran dirasai di Turki, Israel dan Kuwait. – MalaysiaGazette