Home Dunia 4 maut, 12 cedera dalam tembakan rambang

4 maut, 12 cedera dalam tembakan rambang

Salah sebuah sekolah yang turut dijadikan serangan oleh seorang lelaki bersenjata di California. foto Agensi

LOS ANGELES – Empat orang terbunuh dan kira-kira 12 orang cedera selepas seorang lelaki bersenjata mengamuk di beberapa lokasi, termasuk sebuah sekolah di utara California.

Polis memberitahu, penyerang berjaya ditembak mati oleh polis selepas berbalas tembakan di sebuah rumah di Rizab Rancho Tehama dan diteruskan di beberapa lokasi di dalam masyarakat, termasuk di sebuah sekolah rendah.

Pegawai polis, Phil Johnston memberitahu, kejadian itu melibatkan tembakan secara rambang

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak ditembak di sekolah dan cedera manakala seorang lagi juga cedera apabila terkena tembakan ketika berada dalam kereta bersama ibunya.

Bagaimanapun, ibu kanak-kanak it cedera parah.

Johnston berkata, lelaki yang belum dikenal pasti itu melepaskan tembakan selepas mencuri kenderaan dan kemudian terlibat dalam kemalangan.

Lelaki itu kemudian mencuri kenderaan kedua dan terbunuh ketika ditembak oleh polis.

Motif di sebalik pembunuhan itu masih disiasat tetapi laporan awal menunjukkan insiden itu berpunca daripada pertikaian domestik yang semakin meningkat. – MalaysiaGazette