MOSCOW – Sergio Aguero mencetuskan kebimbangan selepas penyerang itu pengsan pada babak kedua perlawanan persahabatan Argentina menentang Nigeria di Rusia, pagi tadi.
Eurosport melaporkan, bintang Manchester City itu kemudiannya dikejarkan ke hospital apabila rebah di bilik persalinan pada waktu rehat.
Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA) dalam satu kenyataan berkata, Aguero dibawa untuk pemeriksaan rutin dan menjelaskan bahawa pemain itu dalam keadaan baik.
Sementara itu, Nigeria bangkit semula daripada kekurangan dua gol, sekali gus memenangi perlawanan dengan keputusan 4-2. – MalaysiaGazette