Home Dunia Harimau Malaya kembar lahir di Zoo Prague punyai harapan baik untuk hidup

Harimau Malaya kembar lahir di Zoo Prague punyai harapan baik untuk hidup

PRAGUE – Pasangan kembar anak harimau Malaya yang lahir di Zoo Prague mempunyai harapan baik untuk hidup, situasi yang jarang berlaku di zoo-zoo di benua Eropah.

Anak harimau itu, seekor jantan dan seekor betina, dilahirkan pada 3 Oktober lalu, lapor AP.

Sehingga kini, hanya dua zoo di Eropah berjaya membiakkan sub spesis harimau itu, terbaharu di sebuah zoo di Halle, Jerman pada 2013.

Terdapat hanya beberapa ratus harimau Malaya yang hidup di Asia dan haiwan itu diklasifikasikan sebagai spesis terancam.

Halangan utama pembiakan ialah harimau jantan terlalu agresif terhadap pasangan. Masalah lain termasuk ketidakupayaan ibu menjaga anaknya selain masalah penyakit.

Penjaga haiwan itu, Keeper Pavel Brandl berkata, harimau betina yang berusia 11 tahun, Banya, dan anaknya berada dalam keadaan baik.

Anak-anak harimau itu akan diberi nama pada Disember ini. – MalaysiaGazette