Home Ekonomi China sertai bida projek HSR

China sertai bida projek HSR

SINGAPURA – Suruhanjaya Perancang China mengadakan forum di Singapura untuk mempromosikan kepakaran negara itu dalam kereta api berkelajuan tinggi, seiring dengan hasratnya untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur- Singapura.

Simposium yang diadakan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China (NDRC) telah dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian Pengangkutan Singapura.

Beroperasi pada akhir tahun 2026, rel kereta api berkelajuan tinggi Singapura-Kuala Lumpur akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar itu hingga 90 minit.

Tender HSR akan dibuat menjelang akhir tahun ini.

“Kami sedang giat bersiap sedia untuk menyertai tender,” kata Ning Jizhe, naib pengerusi NDRC.

Ning berkata, rangkaian HSR China dan sistemnya telah mencapai tahap keselamatan tertinggi dari aspek keselamatan, keselesaan, kelajuan dan kecekapan tenaga.

Dengan merujuk kepada perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi di sekitar selatan Pulau Hainan, Ning berkata: “China mempunyai pengalaman dengan menjalankan HSR di negara iklim tropika dan mempunyai HSR pulau tropika tunggal di dunia.”

Ini membolehkan China memahami dengan lebih baik bagaimana untuk menjalan dan mengekalkan perkhidmatan di kawasan tempatan Singapura.

Ning berkata, cadangan China akan lebih murah daripada cadangan pesaing dari Jepun dan Eropah, kira-kira 60 peratus daripada kos pembinaan yang diperlukan.

Wakil-wakil Cina juga menyenaraikan hubungan dagang Singapura dan China yang kuat sebagai motivasi tambahan untuk kedua-dua mereka bekerjasama dalam projek ini. – MalaysiaGazette