Home Dunia Singapura gantung perdagangan dengan Pyongyang

Singapura gantung perdagangan dengan Pyongyang

SINGAPURA – Singapura telah menggantung semua perdagangan dengan Korea Utara.

Kastam Singapura berkata, barang-barang dagangan komersial dari atau ke Utara diharamkan sejak 8 November lalu.

Mereka yang gagal mematuhi arahan itu boleh didenda atau dipenjara sehingga dua tahun.

Singapura adalah rakan dagangan kelapan terbesar Korea Utara pada tahun 2016, tetapi hanya menghasilkan 0.2 peratus dalam perdagangan dengan Pyongyang.

Sebilangan besar perdagangan Korea Utara dilakukan dengan China, penyokong ekonomi terbesar Pyongyang.

Pusingan terakhir sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mensasarkan beberapa firma dan individu termasuk dua perniagaan di Singapura.

Pada Januari 2016, firma Singapura didenda AS$125,700 kerana memudahkan penghantaran senjata dari Cuba ke Korea Utara selepas mahkamah mendapati Syarikat Pengiriman Chinpo melanggar sekatan PBB di Korea Utara.

Ketegangan di Semenanjung Korea mencapai tahap belum pernah berlaku sebelum ini selepas Pyongyang mengulangi ujian peluru berpandu, termasuk dua peluru berpandu jarak jauh yang merentas Jepun dan ujian nuklear keenam dan terbesar.

Amerika Syarikat dan PBB berharap sekatan itu akan menutup ruang buat Korea Utara untuk meneruskan program pengembangan senjata secara agresif.

Namun, Singapura masih mengekalkan hubungan diplomatik dan Pyongyang juga mengekalkan kedutaan di daerah kewangannya. – MalaysiaGazette