BUENOS AIRES – Kementerian Pertahanan Argentina mengesan tujuh ‘panggilan satelit’ yang gagal dilakukan, kemungkinan dari kapal selam ARA San Juan yang hilang.
Kapal selam dengan 44 krew hilang sejak Rabu lalu dan operasi mencarinya dilakukan secara besar-besaran.
Panggilan satelit yang dikesan Kementerian Pertahanan itu bertempoh antara empat saat hingga 36 saat dan dilakukan pada lewat pagi Sabtu dan pada tengah hari, kata kementerian itu menerusi e-mel yang dipetik Reuters.
Lokasi sebenar kini sedang dikesan menerusi bantuan sebuah firma Amerika Syarikat yang tidak mahu dikenali. – MalaysiaGazette