SINGAPURA – Harga minyak tidak banyak berubah dalam dagangan hari ini kerana impak daripada jangkaan lanjutan pengurangan pengeluaran OPEC dibatalkan disebabkan keluaran tinggi daripada Amerika Syarikat.
Niaga hadapan minyak Brent berada pada harga AS$62.20 setong pada 0301 GMT, naik AS$0.08 melepasi harga penutup terakhir. Sementara niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula pada AS$ 56.50 setong.
Para pedagang berkata, mereka mengelak daripada pengambilan untung besar disebabkan ketidaktentuan pasaran.
OPEC dan Rusia telah mengekang pengeluaran minyak dunia sejak awal tahun ini bagi menangani kejatuhan harga disebabkan lebihan bekalan.
Perjanjian itu akan berakhir pada Mac tahun depan dan OPEC dijadual bermesyuarat pada 30 November ini untuk polisi baharu.
OPEC is expected to agree to extend cuts as storage levels remain high despite recent drawdowns, although there are doubts about the willingness of some participants to continue to restrict their production.
OPEC dijangka bersetuju untuk meneruskan pemotongan jumlah pengeluaran minyak kerana paras simpanan kekal tinggi walaupun terdapat pengurangan baru-baru ini.
“Sekiranya pemotongan OPEC dan bukan OPEC berlarutan, lebihan stok akan berkurangan kepada kira-kira 50 juta tong di atas purata 5 tahun pada suku ketiga 2018 (turun dari 140 juta tong di atas purata sekarang) dan harga akan mencecah sekitar AS$65 hingga AS$70 setong,” kata perunding tenaga FGE.
Bagaimanapun, peningkatan pengeluaran oleh Amerika Syarikat dikhuatiri menjejaskan usaha OPEC.
Perunding Tenaga Westwood Global Energy Group berkata, pengeluaran Amerika Syarikat akan meningkat lebih cepat daripada yang ditunjukkan oleh peningkatan pelantar medan minyak yang telah melonjak dari 316 medan pada pertengahan 2016 kepada 738 minggu lalu kerana pengeluar menjadi lebih produktif.
“Westwood Global Energy meramalkan peningkatan 18 peratus dalam pelantar aktif pada 2018, tetapi pertumbuhan permintaan yang lebih pesat di kawasan tertentu sebagai pengendali memberi tumpuan kepada kecekapan dan penyampaian,” kata perunding itu.
Bagi 2018, FGE memberi amaran kemungkinan gangguan bekalan berikutan pasaran yang lebih ketat boleh mencetuskan kenaikan harga minyak.
Tetapi ia menambah, terdapat potensi gangguan bekalan dalam pasaran yang semakin ketat boleh melonjakkan harga minyak.
Namun, pasaran boleh menjunam sekali lagi menjelang tahun 2019 berikutan pengeluaran Amerika Syarikat terus melonjak dan OPEC serta sekutunya pada satu ketika akan menghentikan pegangan pengeluaran.
“Kami melihat satu lagi pengeluaran besar dengan pertumbuhan (AS) sebanyak 1.0 hingga 1.5 juta tong sehari pada 2018 dan 2019,” kata FGE sambil menambah OPEC juga mempunyai mempunyai kira-kira 1.5 juta tong kapasiti ganti (sementara) Rusia dan Kazakhstan juga boleh menambah 500,000 tong lagi. – MalaysiaGazette