KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima kunjungan aktor Hollywood Steven Seagal di Johor Bahru semalam.
Pertemuan itu dimuatnaik menerusi Facebook Sultan Ibrahim hari ini.
Bekas jurulatih seni mempertahankan diri yang terkenal dengan filem-filem seperti “Under Siege” dan “Hard to Kill” itu mengadakan perbincangan kira-kira dua jam semasa makan tengah hari bersama Sultan Ibrahim di Forest City, Gelang Patah.
Seagal turut membintangi dalam rancangan realiti popular “Steven Seagal: Lawman”.