Home Dunia Gunung Agung meletus

Gunung Agung meletus

Gunung Agung mula meletus pada 21 November lalu. foto Agensi

JAKARTA – Gunung Agung yang terletak di Pulau Bali, Indonesia meletus pada pukul 5.05 petang tadi.

Letusan gunung itu menyebabkan asap hitam menyelubungi awam kira-kira 700 meter dari gunung berapi.

“Orang ramai diminta bertenang. Jangan panik,” kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan Badan Pencegah Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nguroho melalui Twitter, sambil memberi arahan agar orang ramai menjauhkan diri dari kawasan berkenaan dalam radius 6 hingga 7.5 kilometer.

Gunung Agung itu terletak kira-kira 75 kilometer dari hab pelancongan Kuta, telah mencetuskan kebimbangan sejak Ogos lalu.

Ia meletus buat kali pertama sejak tahun 1963 dan mencetuskan tahap amaran tertinggi pada bulan September.

Lebih daripada 133,000 orang penduduk kini di tempat di penempatan sementara sejak lebih daripada sebulan lalu sebagai persediaan menghadapi letusan gunung berapi. – MalaysiaGazette