Home Dunia Mugabe letak jawatan

Mugabe letak jawatan

Robert Mugabe

HARARE – Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meletakkan jawatannya selepas 37 tahun memerintah.

Surat peletakan jawatan Mugabe itu dibacakan oleh Speaker Parlimen yang menyatakan keputusan itu dibuat secara sukarela bagi membolehkan peralihan kuasa berjalan lancar.

Keputusan Mugabe itu mengenepikan prosiding siasatan terhadapnya yang sepatutnya bermula semalam.

Parti pemerintah Zanu-PF mengatakan bekas naib presiden yang pecat, Emmerson Mnangagwa akan mengambil alih kedudukan Mugabe.

Mugabe berkuasa sejak tahun 1980.

Pemecatan Mnangagwa awal bulan ini mencetuskan krisis politik selepas tindakan itu jelas bagi memberi laluan kepada isteri presiden, Grace Mugabe hingga menyebabkan pengambilan kuasa oleh tentera dan Mugabe kemudian dijadikan tahanan di rumah.

Pengumuman peletakan jawatan Mugabe diraikan dengan kegembiraan.

Mugabe, 93, adalah sehingga peletakan jawatannya merupakan pemimpin tertua di dunia.
Beliau sebelum ini enggan berhenti walaupun pengambilalihan tentera minggu lalu.

Menurut perlembagaan penggantinya seharusnya menjadi naib presiden semasa, Phelekezela Mphoko, yang juga penyokong Grace Mugabe.

Tetapi ketua whip Zanu-PF, Lovemore Matuke memberitahu, Mnangagwa akan berada di pejabat “dalam masa 48 jam”. – MalaysiaGazette