Home Ekonomi AS naik kadar faedah dalam masa terdekat

AS naik kadar faedah dalam masa terdekat

WASHINGTON – Kebanyakan penggubal dasar Rizab Persekutuan menjangkakan kadar faedah dinaikkan dalam jangka terdekat,” menurut minit mesyuarat Bank Pusat itu yang dikeluarkan.

Daripada pembacaan mesyuarat pertama dari 31 Oktober-November, yang mana Rizab Persekutuan mengekalkan kadar tidak berubah, juga menunjukkan para pembuat dasar secara umumnya bersetuju ekonomi sudah bersedia untuk pertumbuhan yang kuat.

Beberapa pegawai Rizab Persekutuan juga meramalkan Kongres Amerika Syarikat akan melakukan potongan cukai yang besar bagi meningkatkan pelaburan perniagaan.

Bagaimanapun, beberapa pembuat dasar berkata, mereka masih perlu melihat lebih data sebelum memutuskan kenaikan kadar faedah, kebanyakan pegawai berkata, kadar pengganguran terlalu rendah untuk inflasi kekal pada tahap lemah.

“Para peserta menjangkakan pertumbuhan kukuh dalam perbelanjaan pengguna untuk jangka masa terdekat, disokong oleh pasaran buruh,” kata minit mesyuarat Rizab Persekutuan.

Rizab Persekutuan telah meningkatkan kadar empat kali dalam sejak akhir tahun 2015.

Bank Pusat itu diramal menaikkan satu kali lagi kadar faedah dan tiga kali pada tahun depan.

Minit mesyuarat itu adalah semakan polisi terakhir buat Janet Yellen yang merupakan Pengerusi Rizab Persekutuan.

Tempat Yellen akan diambil alih oleh Jerome Powell pada akhir Februari ini.

Dalam minit itu juga terdapat perbahasan mengenai mengapa inflasi kekal di bawah sasaran 2.0 peratus selama beberapa tahun.

Kebanyakan pembuat dasar bersetuju ketegangan dalam pasaran buruh kemungkinan menjana inflasi yang lebih tinggi dalam jangka masa sederhana.

Bagaimanapun, beberapa ahli menyatakan kebimbangan mengenai prospek inflasi, mengikut minit mesyuarat itu.

Para pembuat dasar turut menekankan bakal melihat data ekonomi akan datang sebelum menentukan masa kenaikan kadar masa depan.

Beberapa pembuat dasar cukup prihatin mengenai kenaikan harga yang berterusan, mencadangkan Rizab Persekutuan mempertimbangkan rangka kerja baru, yang mana ia komited untuk membenarkan inflasi lebih tinggi untuk menjadikan tempoh kenaikan harga yang rendah. – MalaysiaGazette