Perintah reman hingga 29 Nov itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Analia Kamaruddin terhadap suspek lelaki berusia 50 tahun itu.
Suspek yang berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di perkarangan kompleks mahkamah, sekitar 10.30 pagi diiringi pegawai SPRM, sebelum keluar kira-kira 30 minit kemudian.
Suspek yang ditahan semalam, dipercayai bersubahat dengan suspek pertama (pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menjual dan menggunakan baja untuk kepentingan sendiri.
Bernama sebelum ini melaporkan tiga lelaki masing-masing pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) , pesawah dan peniaga ikan berumur 38, 46 dan 52 tahun direman, sejak tiga hari lalu.
Penahanan keempat-empat suspek itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan mengikut Seksyen18 Akta SPRM 2009.
— BERNAMA