Home Dunia Anak raja antara 7 banduan dihukum gantung di Kuwait

Anak raja antara 7 banduan dihukum gantung di Kuwait

Kuwait melaksanakan hukuman gantung 7 banduan selepas tahun 2013.

KUWAIT – Tujuh banduan termasuk seorang ahli keluarga diraja dihukum gantung kerana didapati bersalah membunuh dan merogol serta menculik.

Hukuman bunuh itu adalah kali pertama dijalankan sejak tahun 2013.

Mereka menjalani hukuman di penjara termasuk warga Filipina, Mesir, Ethopia dan Bangladesh.

Agensi berita Kuna berkata, ahli keluarga diraja yang dihukum bunuh itu bernama Faisal Abuduallah Al Jaber Al Sabah didapati bersalah kerana membunuh dan pemilikan senjata api haram.

Al Sabah bersalah kerana membunuh seorang kerabat diraja Kuwait pada tahun 2010.

Salah seorang banduan yang dihukum bunuh ialah Nusra al-Enezi, warga Kuwait yang didapati bersalah membakar khemah semasa majlis perkahwinan suaminya yang melangsungkan perkahwinan kedua.

Kebakaran itu menyebabkan lebih 50 maut.

Dua yang lain adalah pekerja tempatan, masing-masing dari Filipina dan Ethopia yang didapati bersalah kerana membunuh keluarga majikan mereka. – MalaysiaGazette