Home Utama 235 orang mati dalam serangan militan di masjid Mesir

235 orang mati dalam serangan militan di masjid Mesir

MESIR – Sekurang-kurangnya 235 mangsa terbunuh dalam kejadian serangan paling ganas militan di sebuah masjid di utara wilayah Sinai semalam.

Tragedi lebih tragis berbanding kejadian pada Oktober 2015 melibatkan pengeboman jet Rusia yang mengorbankan seramai 224 nyawa.

Dalam kejadian itu, pengganas dikatakan menjadikan pasukan keselamatan Arab Saudi yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Rawdah di Bir al-Abed berhampiran Bandar Arish sebagai sasaran.

Menurut agensi berita, polis mendakwa pengganas yang menaiki empat kenderaan pacuan empat roda melepaskan tembakan ke dalam masjid.

Penduduk pula mendakwa, ramai mangsa juga terdiri daripada pekerja yang datang menunaikan solat di masjid yang mampu menempatkan kira-kira 300 jemaah dalam satu masa itu.

“Dalam kejadian orang ramai yang cedera parah ke hospital dengan kenderaan masing-masing,” katanya.- MalaysiaGazette