GEORGIA – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel di resort Batumi Laut Hitam di Georgia.
Mangsa semua mati akibat terhidu asap di tingkat 22 Hotel Leogrand Hotel, kata Menteri Kesihatan daerah Zaal Mikeladze.
Manakala 10 orang lagi dibawa ke hospital. Punca kebakaran masih belum diketahui.
Sementara itu, lebih 100 orang lagi berjaya diselamatkan dan setakat ini identiti mangsa dan kewarganegaraan masih belum didedahkan. – MalaysiaGazette