WASHINGTON – Donald Trump akan menggunakan pendapatan cukai barangan yang diimport daripada Mexico untuk membina tembok sempadan, kata jurucakap White House.
Pelan itu diumumkan selepas Presiden Mexico membatalkan lawatan ke Washington.
Semalam, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk membina tembok di sempadan selatan antara Mexico dan Amerika Syarikat.
Pembinaan tembok itu antara ikrar Trump semasa kempen presiden.
Bagaimanapun, Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto menegaskan cadangan oleh White House itu tidak akan berlaku dan serentak itu beliau membatalkan pertemuan dengan Trump pada minggu depan.
Beberapa jam kemudian, jurucakap White House berkata, presiden telah berbincang dan hasil perbincangan dengan pembuat undang-undang, mereka mempertimbangkan untuk menjadikannya sebagai pembaharuan pakej cukai yang dirancang oleh Kongres.
Katanya, 20 peratus cukai menjana sekurang-kurangnya AS$10 bilion dalam pendapatan cukai setiap tahun.
“Buat masa sekarang polisi negara ialah mengenakan cukai import dan membiarkan import bebas daripada sekarang cukai adalah sangat teruk,” kata Spice.
Dagangan antara sempadan Amerika Syarikat-Mexico bernilai AS$1.6 bilion sehari.
Bagaimanapun, pelan itu belum dimuktamadkan dan cukai bakal dikenakan mungkin serendah 5.0 peratus. – MalaysiaGazette