JAKARTA – Kementerian Pengangkutan Indonesia hari ini melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali untuk 24 jam lagi berikutan debu daripada letusan gunung berapi, Gunung Agung.
Laporan dari pihak berkuasa penerbangan tempatan menunjukkan “saluran penerbangan pesawat ditutup dengan abu gunung berapi” kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan.
Penutupan itu akan berakhir pada 7 pagi waktu tempatan pada 29 November.
Sementara itu, makluman berasingan menunjukkan Lapangan Terbang Lombok dibuka semula selepas penutupan awal semalaman akibat letusan gunung berapi. – MalaysiaGazette