LONDON – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi dilucutkan Anugerah Kebebasan Kehormat Oxford kerana berdiam diri berhubung krisis kemanusiaan Rohingya.
Majlis Bandaraya Oxford dalam satu kenyataan berkata, reputasi baik pihaknya terjejas ekoran sikap Suu Kyi dan berpendapat anugerah itu wajar ditarik balik.
Sebelum itu, pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya menjadi isu sehingga mendapat bantahan pihak antarabangsa terutana negara-negara Islam.
Bagaiamanpun Suu Kyi yang juga penerima Anugerah Nobel itu dikatakan mengambil pendekatan berdiam diri.
Malaysia dan Indonesia antaa negara jiran Nyanmar yang lantang menyuarakan bantahan pembunuhan umat Islam di Rohingya dan banyak membantu pelarian tersebut yang kini ditempatkan di Bangladesh.- MalaysiaGazette