Home Seni Hidup Lagu Abang Nak Tegur dapat 54,000 unlike

Lagu Abang Nak Tegur dapat 54,000 unlike

24131197_1940821109279167_1263141931502002374_n-640x661

KUALA LUMPUR – Lagu Abang Nak tegur duet Datuk Aliff Syukri bersama Nur Sajat menerima kira-kira 54,000 unlike daripada netizen setakat hari ini.

Jumlah unlike yang lebih banyak daripada like itu dapat dilihat pada post Aliff di media sosialnya baru-baru ini.

Malah Aliff sendiri hairan kenapa ramai yang tidak menyukai lagu itu walaupun mereka mengaku iramanya sedap dan liriknya menarik.

Namun dalam komen netizen dan pengikutnya, rata-rata mereka menekan butang unlike kerana mereka ‘tidak suka’ kehadiran Nur Sajat dalam lagu yang sama.

Mereka juga memperli Nur Sajat berkaitan status dan suara yang didakwa ‘menganggu’ lagu berkenaan.

Ada juga mencadangkan lebih baik Aliff berduet dengan isterinya sendiri seperti yang pernah mereka buat dalam media sosialnya dahulu.- MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts