KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan pada asas tahun ke tahun meningkat 4.7 peratus pada bulan Oktober 2017, 1.3 mata lebih rendah berbanding 6.0 peratus pada September 2017.
Antara sektor yang mencatatkan peningkatan ketara dalam tempoh ini adalah perlombongan (+19.6%), pertanian, perhutanan & perikanan (+4.3%), pembuatan (+3.6%) dan bekalan elektrik & gas (+0.3%).
Sementara itu, indeks bagi bekalan air turun sebanyak 0.3 peratus, menurut Jabatan Perangkaan.
Perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengeluaran tempatan turun 0.6 peratus pada Oktober 2017.
Penurunan indeks ini disebabkan oleh penyusutan dalam tiga sektor pada bulan rujukan ini iaitu pertanian, perhutanan & perikanan (-1.4%), pembuatan (-0.6%) dan bekalan elektrik & gas (-0.2%).
Sementara itu, indeks bagi perlombongan dan bekalan air masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak (+0.7%) dan (+0.4%). [Jadual I]
IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan turun 0.6 peratus pada bulan Oktober 2017.
Penurunan ini disebabkan oleh penyusutan dalam indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen (-0.8%) dan indeks barang siap (-0.8%).
Sementara itu, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya naik 0.8 peratus.
Berbanding bulan yang sama setahun lalu, IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan pada Oktober 2017 naik 4.7 peratus.
Kenaikan ini didorong oleh kenaikan indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (+10.2%), bahan perantaraan, bekalan dan komponen (+4.9%) dan barang siap (+0.2%). – MalaysiaGazette