SINGAPURA – Enam daripada setiap 10 pekerja asing di Singapura dieksploitasi oleh majikan mereka, menurut hasil kaji selidik yang didedahkan baru-baru ini.
Kaji selidik itu mendedahkan pekerja pembantu rumah mengalami pengalaman keadaan hidup yang buruk, waktu kerja yang panjang, potongan gaji dan keganasan.
Tinjauan itu dijalankan oleh Research Across Borders melibatkan kedua-dua pekerja domestik dan tempatan dan majikan.
Antara responden 735 orang Filipina dan Indonesia, 60 peratus dikenal pasti telah dieksploitasi, dengan 23 peratus dikenal pasti sebagai mangsa buruh paksa yang melibatkan ancaman, kawalan dan kekerasan.
Hanya satu per tiga daripada pekerja yang tidak melaporkan menjadi mangsa eksploitasi atau paksaan oleh majikan mereka.
Ramai responden juga melaporkan terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar makanan dan keperluan lain yang sepatutnya diberikan oleh majikan mereka berdasarkan undang-undang.
Singapura adalah salah satu negara destinasi terbesar bagi pekerja domestik asing di Asia Tenggara, dengan 243,000 pekerja.
Bagaimanapun, pekerja domestik asing di Singapura berada dalam kedudukan yang terdedah kerana kekurangan peraturan kerja yang mencukupi dan perlindungan undang-undang serta persekitaran sistemik pekerjaan mereka, kata laporan itu.
Laporan itu memetik syarat-syarat tersebut menyebabkan “hubungan kekuasaan yang tidak sama rata” antara pembantu rumah dan majikan mereka.
Contohnya, pekerja domestik asing adalah satu-satunya kumpulan pekerja asing di Singapura yang dikecualikan daripada Akta Pekerjaan, berdasarkan kerja rumah adalah unik. Sebaliknya, mereka dilindungi di bawah Akta Kerja Tenaga Kerja Asing.
Keadaan ini berpotensi membahayakan pembantu rumah asing kerana mereka tidak dapat menerima perlindungan undang-undang yang mencukupi atau perlindungan perubatan, kata laporan itu.
Para pembantu rumah ada yang tidak mempunyai bilik mereka sendiri, terpaksa tidur di bilik stor dan ruang tamu.
Seorang responden berkata, dia tidur di balkoni depan, manakala seorang lagi tidur di hadapan tandas.
Seorang pembantu rumah Indonesia yang berumur 24 tahun telah dipotong gaji kerana tersilap memotong tauhu.
Mereka juga dilaporkan menjadi mengsa kawalan, keganasan seksual, fizikal dan psikologi, termasuk digigit dan ditampar. – MalaysiaGazette