KUALA LUMPUR – Beyond Rich Sdn Bhd, pengeluar produk kecantikan jenama Audela dan Adore kini mensasarkan platform bagi pelajar universiti bagi menjana pendapatan sekurang-kurang RM1,500 sebulan menerusi produk penjagaan kulit terbaru mereka yang akan dilancarkan tak lama lagi, Audela Adore Skin Care.
Program dipanggil Pink Troopers yang dimulakan pada 11 November ini bertujuan membuka peluang dan ruang kepada golongan pelajar ini menceburi perniagaan tanpa perlu mengeluarkan modal.
Bahkan pihak mereka turut mensasarkan lebih 1,500 pelajar untuk turut serta dalam peluang yang disalurkan itu.
Ketua Pegawai Operasinya, Nurdina Awanis Zakaria, melihat apa yang mereka lakukan ini sebagai usaha membantu golongan pelajar terutamanya yang mahu menambah wang saku.
“Dengan keadaan ekonomi sekarang dan gaya hidup masa kini, kami percaya duit pinjaman dan elaun yang diterima tak cukup untuk mereka meneruskan survival. Banyak faktor yang menyumbang ke arah semua itu. Jadi kami buka peluang niaga ini secara percuma tanpa mereka mengeluarkan modal.
“Kita beri stok dan turut membantu melatih mereka untuk menjual produk ini dengan lebih efektif. Kita faham bagi golongan pelajar ini ada yang berminat buat duit sampingan termasuk berniaga… tetapi tiada duit dalam tangan. Selain sasaran kepada pelajar, kita lihat produk penjagaan kulit ini juga sesuai dengan golongan itu
“Kita mahu bantu pelajar ini timba pengalaman sebelum tamat sekolah atau pengajian. Kita mahu mereka ada keyakinan termasuk dalam soal bercakap sekali gus meyakinkan pembeli untuk membeli produk yang dijual,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Katanya harga produk berkenaan juga dijual berpatutan.
“Harga produk ini pun berpatutan. Ada tiga botol dengan pelbagai fungsi yang mana setiap daripadanya berisi 30 ml. Saiznya juga sesuai untuk dibawa mengembara. Ia sangat praktikal.
“Lebih daripada itu, kandungan bahan dalam produk ini juga tiada racun atau bahan kimia yang secara langsung boleh menghakis kulit. Ia 98 peratus berasaskan bahan semula jadi dan bersifat organik. Ia juga berasaskan air dan bukannya petroleum.
Tambahnya lagi, pihak mereka juga optimis untuk mendidik masyarakat termasuk pengguna menerusi lebih banyak acara berkaitan serta kempen terhadap memiliki kulit sihat.
Mereka tidak mahu pengguna tak kira lelaki atau perempuan hanya memikirkan soal mahu cantik dan putih semata-mata saat menggunakan produk mereka.
“Memang kita tahu ramai nak jalan pintas mahu kulit cantik, tanpa fikir ada produk yang boleh memberi kesan berbahaya termasuklah kanser kulit. Jangan ghairah nak jadi cantik kerana salah percaturan dek silap khilaf sendiri seperti salah pilih produk dan rawatan akan membawa padah.
“Tapi dengan rangkaian produk kami, kami mengutamakan ekstrak dan bahan semula jadi. Audela contohnya berasaskan buah argan, tomato, anggur dan epal, yang dihasilkan dalam bentuk serbuk minuman di kilang berstatus sijil amalan pengilangan baik (GMP). Manakala Adore serbuk minuman herba seperti jamu moden mengandungi khasiat habbatus sauda, zaffaran, kacip fatimah, manjakani, madu, sireh, ekstak ros, and vitamin C.
“Selepas produk Audela dan Adore dan kini rangkaian penjagaan kulit, pihak kami akan memperkenalkan teknologi baru Hitione yang jauh lagi bagus berbanding gluthathione untuk rangkaian produk Audela,” katanya.
Menurut beliau lagi, pihaknya juga merancang menganjurkan acara dalam terus memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai soal kesihatan termasuk membabitkan kulit.
“Kempen ini bersifat menyeluruh untuk kesihatan badan. Kita juga akan aturkan perkongsian dengan pakar kulit untuk bercerita mengenai kesan serta bahaya penggunaan bahan kimia ke atas kulit
“Kita juga mahu mendidik stokis dan agen dalam selok belok berniaga dan membuat strategi pemasaran menerusi kelas bimbingan yang diatur.,” katanya.
Selepas hampir dua tahun menguasai pasaran dunia kecantikan dan kesihatan, jenama produk ini sudah mempunyai 31 stokis aktif termasuk di Singapura.
“Kami mahu terus membantu mereka yang mahu menambah pendapatan sampingan. Kami mahu lebih ramai lagi stokis di Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.
“Untuk rangkaian Adore saja kami sudah mempunyai hampir 200 agen yang direkrut. Ia jadi ruang untuk golongan muda terutamanya menambah duit poket secara dalam talian. Tambahan pula menjadi agen tidak memerlukan modal banyak,” katanya. – MalaysiaGazette