Home Dunia Maharaja Akihito turun takhta

Maharaja Akihito turun takhta

Maharaja Akihito.

TOKYO – Maharaja Akihito secara rasmi akan turun takhta pada 30 April 2019 selepas panel khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe bersetuju dengan tarikh tersebut.

Menurut Reuters, keputusan tersebut telah dilapor oleh penyiar kebangsaan NHK.

Akihito bakal mencipta sejarah kerana pengundurannya adalah  yang pertama oleh seorang Raja Jepun dalam tempoh dua abad.

Maharaja Jepun ke-125 itu pernah menjalani pembedahan jantung dan rawatan untuk kanser prostat.

Dalam satu ucapannya tahun lalu yang jarang berlaku, baginda melahirkan rasa bimbang kerana usianya mungkin akan menyukarkan lagi pelaksanaan tugasnya.

Undang-undang yang diterima pakai pada Jun lalu membenarkan Akihito untuk berundur tetapi masih menanti butir lengkap seperti tarikh untuk ditetapkan kemudian.

Baginda akan digantikan oleh anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito. – MalaysiaGazette