Home Ekonomi Dasar perlindungan AS ancam APAC

Dasar perlindungan AS ancam APAC

KUALA LUMPUR- Dasar perlindungan Amerika Syarikat berpotensi mengancam ekonomi-ekonomi di Asia Pasifik (APAC), melebihi kesan daripada tindakannya yang menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Fitch Ratings menjangkakan China akan bertindak balas terhadap Amerika Syarikat jika ekonomi terbesar dunia itu mengenakan tarif  import dan levi ke atas semua import dan melabelkan China sebagai manipulator mata wang,

Seperti ‘perang perdagangan’, ia akan menyebabkan limpahan buruk kepada ekonomi APAC, terutamanya kepada negara-negara yang berkait rapat dengan rantaian bekalan serantau dan paling bergantung kepada eksport, kata Fitch.

Fitch percaya potensi risiko menjadi lebih relevan dengan prospek ekonomi APAC berbanding tindakan Amerika Syarikat keluar daripada TPP

Fitch berkata, ia tidak terlibat secara langsung asas ramalan penilaian dalam TPP dan tidak melihat perjanjian itu sebagai berpotensi sebagai pembawa perubahan untuk prospek jangka pendek ekonomi-ekonomi ahli, walaupun Vietnam akan menjadi antara penerima manfaat terbesar dalam TPP, selain Malaysia dan Singapura.

Jepun juga dijangka mendapat faedah daripada perjanjian yang menjadi pemangkin kepada pembaharuan struktur domestik terutamanya dalam sektor pertanian.

Agensi penarafan itu menambah, dengan jangkaan TPP akan terhapus, China pula akan memacu untuk melaksanakan Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) sebagai alternatif kepada TPP.

Bagaimanapun, peserta lain iaitu ASEAN, Jepun, India dan Korea sudah menjalinkan perdagangan bebas, contohnya ASEAN dan Korea bersama China.

Mungkin memberi fokus kepada tarif, RCEP tidak mungkin menjadi pemangkin kepada pembaharuan struktur yang sepatutnya dilaksanakan TPP.

“Lagipun, setakat ini tidak jelas RCEP tanpa penglibatan Amerika Syarikat dan permintaan kukuh importnya boleh menyamai rangsangan kepada prospek pertumbuhan ekonomi serantau yang dijangka berada di bawah TPP,” kata Fitch. – MalaysiaGazette