Home Nasional Mangsa banjir di pusat pemindahan Kelantan kurang sedikit

Mangsa banjir di pusat pemindahan Kelantan kurang sedikit

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan negeri Kelantan berkurangan sedikit daripada 14,402 pagi tadi kepada 13,113 orang setakat 6 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran awal pada kawasan-kawasan yang dijangka berlakunya banjir tujuh hari lebih awal atau lima hari lebih awal dan tiga hari lebih awal.

Mereka adalah daripada 5,222 keluarga yang dipindahkan ke 63 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.

Portal eBanjir Kelantan melaporkan Pasir Mas masih mencatatkan mangsa banjir paling ramai membabitkan 9,325 orang daripada 3,971 keluarga di 39 PPS.

Bagaimanapun, jumlah itu semakin berkurangan berbanding 10,770 orang daripada 4,522 keluarga ditempatkan di 42 PPS jam 8 pagi tadi.

Sehingga petang ini, paras tiga sungai termasuk dua Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih tidak berubah. – MalaysiaGazette

+ posts