ENGLAND – Raheem Sterling dalam proses untuk menjadi pemain berpendapatan tinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Manchester City bersedia menawarkan gaji £300,000 (RM1.6 juta) seminggu untuk bintang antarabangsa England itu.
Pengurusnya, Pep Guardiola mahu menawarkan ganjaran setimpal atas prestasi menakjubkan pemain itu musim ini.
Ia akan merapatkan pendapatannya dengan bintang dunia seperti Lionel Messi dam Cristiano Ronaldo.
Sterling, 22, dengan ganjaran gaji itu, akan memintas bintang Manchester United Paul Pogba yang meraih pendapatan mingguan £290,000.
Manchester City kini membayar £180,000 untuk Sterling semasa ditandatangani dari Liverpool pada Julai 2015.- MalaysiaGazette