SEOUL – Lapan orang maut selepas kapal nelayan Korea Selatan bertembung dengan sebuah kapal tangki, kata pengawal pantai negara itu.
Kapal itu membawa dua pelayar dan 20 penumpang apabila pertembungan di perairan berhampiran Incheon barat, Seoul.
Dua orang masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat melibatkan lima helikopter dan 19 kapal sedang dijalankan.
Presiden Moon Jae-in memerintah semua usaha diambil untuk mencari mangsa-mangsa yang masih hilang
Mereka yang diselamatkan telah dihantar ke hospital.
Punca kemalangan masih belum disahkan. – MalaysiaGazette