KUALA LUMPUR – Penyanyi remaja, Maisarah Ukelele terus mengorak langkah dalam seni apabila dia melancarkan album pertama berjudul Maisarah.
Album tersebut mengandungi lima lagu seperti Tak Mungkin Sendiri (ciptaan Royce Saayan), Prasetia (ciptaan Hazami), Oh Si Kacak (ciptaan sendiri), Siapa Lagi (ciptaan Yuka Kharisma) dan Adakah Ini Cinta (ciptaan sendiri).
Sempena pelancaran itu, satu showcase telah diadakan baru-baru ini yang turut menyaksikan pelancaran muzik video terbaharu lagu Siapa Lagi.
Dinamakan Showcase Upclose & Personal, ia menawarkan dua tiket setiap kali peminat-peminat Maisarah memuat naik nada dering Oh Si Kacak bagi pengguna Maxis, Celcom, Umobile dan Digi.
Seramai lebih dari 120 orang hadir di Showcase Up Close & Personal yang diadakan di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara, Petaling Jaya di sini.
Antara artis undangan pada hari showcase ialah penyanyi baru On Muse Sdn. Bhd., Meer Nash yang memperkenalkan lagu single terbaru bertajuk Jauh selain Razak A Ai berduet dengan Maisarah secara acoustic dengan lagu If I ain’t got you.
Turut membuat persembahan, penyanyii Qiedoo iaitu anak didik Cat Ruffedge menerusi lagu Adakah Ini Cinta.
Sementara itu, Maisarah yang merupakan artis On Muse Sdn Bhd adalah artis Melayu pertama di bawah naungan syarikat besar itu yang mempunyai artis-artis antarabangsa dan juga artis berbangsa Cina. – MalaysiaGazette