Home Seni Hidup ‘Syurga’ kasut sukan jenama, harga murah

‘Syurga’ kasut sukan jenama, harga murah

Terdapat pelbagai kasut dijual di KRU Shoes World yang terletak di Uptown Puchong Night Bazaar.

PUCHONG – Suasana di bazar larut malam atau Uptown Puchong Night Bazaar (Uptown Puchong) sentiasa hiruk-pikuk setiap malam.

Deretan kedai menjual pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori telefon, kasut dan produk kecantikan disinggahi pengunjung yang bertali-arus ke bazar tersebut.

Namun dapat diperhatikan barangan paling popular di bazar itu adalah kasut sukan berjenama. Memandangkan majoriti pengunjung bazar itu terdiri daripada golongan pelajar dan belia, produk itu menjadi paling laris ekoran naluri muda-mudi yang gemar bergaya.

Sinonim dengan nama kedai KRU World Shoes, pemiliknya menyediakan pelbagai pilihan termasuk kasut sukan tiruan asli yang berkualiti tinggi namun pada harga yang cukup murah.

Kasut sukan asli jenama terkenalmenjadi pilihan anak muda.

Diimport dari China, harga ditawarkan di bawah RM200 seperti jenama Adidas, Nike dan Puma selain Clark namun stok-stoknya begitu terhad.

Nazari Zakaria, 36, memberitahu, KRU Shoes World bermula dengan satu lot sahaja tiga tahun lalu sebelum bisnes berkembang kepada empat lot ketika ini.

Bermodalkan RM15,000 sahaja, beliau berkata, keunikan kedainya adalah stok-stok kasut yang tidak dapat didapati di butik jenama masing-masing.

“Saya memang tidak menyimpan banyak model stok dan sentiasa mengikut trend semasa anak muda.

“Bagi yang original, pembeli perlu membuat tempahan untuk saya mendapat daripada pengedar yang bertauliah.

“Untuk jenama tiruan asli, modelnya tetap eksklusif kualitinya tetap terjamin dan harga pula murah serta tidak terdapat di butik asli,” tambah Nazari.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, tindakanya berhenti kerja makan gaji tiga tahun lalu kini berbaloi apabila perkembangan semakin berkembang.

Jelas lelaki kelahiran Terengganu ini, purata jualanya sebulan mencecah RM30,000 ketika dan mencecah RM100,000 pada musim perayaan.

“Saya bersyukur kerana memiliki pengalaman berniaga bundle sebelum secara suka-suka sebelum selain mempunyai hubungan secara terus dengan pembekal di China.

“Jadi boleh mendapat stok-stok baharu yang belum masuk di pasaran Malaysia untuk dijual terlebih dahulu.

“Malah kedai saya juga menawarkan stok model yang tidak terdapat di butik asal dan itulah kelebihan saya,” katanya.

Ditanya cabaran getir sebelum sampai ke tahap hari ini, Nazari berkata, sembilan bulan pertama membuka perniagaan beliau merasa pendapatan daripada jualannya.

Ini kerana beliau perlu memusing balik semula stok yang baharu di pasaran setiap bulan agar sentiasa terdapat keunikan yang ditawarkan.

“Selain iti, kritikan dan cemuhan adalah perkara biasa dan persaingan dengan kedai sudah ada nama dan besar perlu ditempuhi,” ujarnya.

 

Namun Nazari berkata, rahsia dia memiliki ramai pelanggan sama yang setiasa datang semula membeli kerana menyediakan perkhidmatan secara sentuhan hati.

“Saya akan sentiasa menjawap pertanyaan pelanggan di Whatsapp atau laman sosial.

“Malah mereka diberi jaminan produk selama tiga bulan untuk menukar balik jika berlaku kerosakan.

“Selain itu, bagi membeli di atas talian, proses penghantaran akan dilakukan dalam masa dua ke tiga kepada pembeli,” katanya tersenyum.

Sementara itu, bagi ingin mengetahui lebih lanjut mengenai KRU World Shoes di laman Facebook: Kasut dan Beg Murah atau menghubungi talian 018-3683404. – MalaysiaGazette

Nazari Nazari mengamalkan konsep perkhidmatan selepas jualan dalam memberi kepuasan kepada pelangganya.