Home Sukan Bukan bernasib baik, City lakar 13 kemenangan berturut-turut

Bukan bernasib baik, City lakar 13 kemenangan berturut-turut

MANCHESTER – Kemenangan Manchester City pada lewat permainan ‘menunjukkan siapa kami’, kata pengurus, Pep Guardiola selepas jaringan kemenangan David Silva pada minit ke-83 membolehkan pasukannya mengatasi West Ham 2-1 dan menyamai rekod kemenangan ke-13 berturut-turut Liga Perdana Inggeris.

Selepas mencatatkan kemenangan pada penghujung perlawanan ketika menetang Huddersfield dan Southampton, Silva menjaringkan gol dengan permainan berbaki tujuh minit bagi membolehkan City menerajui liga dengan mengekalkan kelebihan lapan mata.

Sebahagian besar perlawanan yang berlangsung semalam, City dikecewakan dengan permaianan kemas West Ham namun namun semangat untuk menang terhadap Hammer jelas apabila skuad bimbingan Guardiola kini selesa berada di tangga teratas liga sebelum pertembungan derby dengan Manchester United pada minggu depan.

“Ia adalah kemenagan besar,” kata Guardiola kepada BBC. “Ia menunjukkan siapa kami,”.

“Ia sama seperti beberapa perlawanan lalu, pada separuh masa kedua saya jangkakan kami boleh menjaringkan gol. Ia adalah besar. Mereka bermain dengan 10 pemain berada dalam kotak (penalti), hampir mustahil untuk menjaringkan gol,”.

City tidak pernah tewas sejak April lalu, dan akan berjumpa penghuni tangga kedua liga, Manchester United pada Ahad depan. West Ham yang hanya menang dua kali pada musim ini berada pada kedudukan kedua tercorot liga, tiga mata di belakang West Bromwich Albion yang menghuni tangga ke-17 liga.

Pada perlawanan itu, West Ham membuka jaringan menerusi Angelo Ogbonna seminit sebelum separuh masa pertama berakhir berpunca daripada tendangan sudut, namun seperti yang berlaku kepada City ketika menentang Huddersfield dan Southapton pada minggu lalu mereka dapat mengatasinya.

City menafikan jaringan itu pada separuh masa kedua menerusi jaringan Nicolas Otamendi pada minit ke-57 dan Silva memastika pasukannya mengutip tiga mata ada minit ke-83.

Menghadapi barisan pemain United yang utuh seperti Romelu Lukaku dan Nemanja Matic, pendahulu liga itu perlu merancang sesuatu pada minggu depan menghadapi pakar tektikal, Jose Mourinho.

“Kami banyak memperkatakan mengenai mematahkan set piece tetapi (pemain) mereka tinggi,” tambah Guardiola.

“Ia akan berlaku sekali lagi apabila berdepan United, oleh itu kami perlu mencuba dan menghalang set piece,” katanya. – Agensi