Home Dunia Penerbangan dibatalkan gara-gara juruterbang terlebih kerja

Penerbangan dibatalkan gara-gara juruterbang terlebih kerja

JAKARTA – Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda terpaksa membatalkan penerbangan antara Singapura dan Jakarta semalam berkiutan kekurangan juruterbang.

Pesawat terbabit dijadualkan berlepas pada pukul 10 malam.

Jurcakap Garuda, Ikhsan Rosan berkata, juruterbang yang bertugas pada malam itu telah melakukan sembilan jam penerbangan pada hari tersebut, jumlah maksimum yang dibenarkan dalam sehari.

“Juruterbang itu sepatutnya terbang selama sembilan jam sehari selepas melakukan lima penerbangan dan kelewatan berlaku kerana juruterbang itu telah mencapai had masa penerbangan,” kata Ikhsan kepada The Jakarta Post sambil menambah tiada penggantian juruterbang dilakukan memandangkan kesemuanya berada di Jakarta.

Berikutan itu, penerbangan penumpang pesawat tersebut dijadual semula pada hari ini kerana semua penerbangan semalam penuh. – MalaysiaGazette