KUALA LUMPUR – Pasukan program pembangunan bola sepak negara kini semakin menampakkan hasil positif apabila berjaya memecahkan dominasi kelab JSSL dari Singapura pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dato Chu Ah Nge di Kelab Diraja Selangor di sini baru baru ini.
Sebanyak 16 pasukan dari setiap kategori bawah 8 /10/12/14 dan 16 tahun berlangsung selama dua hari .
Pasukan ATBTR bawah lapan tahun berjaya menundukkan pasukan kelab bola sepak JSSL pada perlawanan akhir yang berlangsung penuh debaran.
Anugerah pemain terbaik kejohanan kategori bawah lapan tahun telah dimenangi oleh pemain dari ATBTR , Reyyes Shaqiel Emir Gnalingam.