Home PAU 2017 Formula calon langsung mungkin diguna dalam PRU14 – Ahmad Zahid

Formula calon langsung mungkin diguna dalam PRU14 – Ahmad Zahid

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyentuh butang sebagai gimik perasmian bersama wakil ketua-ketua pengarang akhbar tempatan ketika membuat lawatan di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mungkin menggunakan formula calon langsung dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung tidak lama lagi, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu bagaimanapun berkata, formula tersebut perlu dibincangkan secara mendalam sebelum ia dilaksanakan dalam PRU14 nanti.

“Kita perlu bincang dan mengkaji dengan teliti, sebenarnya formula ini sudah digunakan di Sarawak (Pilihan Raya Negeri) lalu,” kata beliau semasa melawat laman media Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini.

Namun, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi calon akan menggunakan formula tersebut sekiranya ada keperluan.

“Jika ada keperluan, beberapa kerusi mungkin formula ini boleh diterjemahkan pelaksanaannya,” katanya. – MalaysiaGazette