Home Seni Hidup Zul Ariffin kehilangan ibu

Zul Ariffin kehilangan ibu

Foto Instragram Zul Ariffin.

KUALA LUMPUR –  Pelakon Zul Ariffin menerima dugaan paling berat dalam hidup apabila ibu tersayang, Robiah Nasir meninggal dunia akibat serangan jantung, kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Berita itu disahkan kelab peminatnya, Zul Ariffin FC di laman Instagram, pagi tadi.

“Kami akan sentiasa mengingati Allahyarham sebagai insan yang sangat positif, bertenaga dan menyokong. Sama-sama berdoa dan moga Allahyarham berada di tempat yang baik,” jelas status itu.

Difahamkan, Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman kakak Zul di Damansara, Petaling Jaya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur. – MalaysiaGazette