TOKYO – Jumlah pekerja asing di Jepun melepasi sejuta orang buat kali pertama tahun lalu berikutan kesukaran negara itu mendapat bekalan buruh secukupnya.
Lebih sejuta warga asing dari China dan Vietnam bekerja di Jepun sehingga Oktober lalu, menurut data Kementerian Buruh.
Ia merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun sebelumnya, juga rekod baru bagi empat tahun berturut-turut.
Angka itu menunjukkan kenaikan jumlah pekerja asing yang diserapkan dalam tenaga buruh meskipun Jepun sukar menerima warga luar.
Jepun mengalami kekurangan buruh yang serius sejak tahun 1991 disebabkan lonjakan populasi golongan tua, menyebabkan Dana Kewangan Antarabangsa mencadangkan Jepun menerima pekerja asing bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata, negara itu sepatutnya mendahulukan pekerja wanita dan golongan dewasa sebelum menerima kemasukan pekerja asing.
Bagaimanapun, pembuat dasar sedang meneroka pendekatan untuk membawa lebih banyak pekerja asing tanpa menggelar mereka ‘imigresen’.
Pada Disember lalu, Jepun meluaskan sistem menerima pekerja pelatih dari negara-negara membangun, turut mewujudkan status visa baru bagi pembantu domestik dan jururawat.
Kekurangan pekerja asing begitu ketara di sektor pembinaan yang memenuhi permintaan penganjuran Sukan Olimpik 2020 dan pembangunan semula Jepun seleas gempa bumi dan tsunami. – MalaysiaGazette