KUALA LUMPUR – Lagu Teman Sejati dendangan kumpulan nasyid In Team menjadi menutup tirai majlis perasmian serentak tiga sayap parti pada Persidangan Agung UMNO 2017 kali ini.
Lagu itu ada kaitan dengan tema keakraban hubungan persahabatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Ia juga sinonim juga dengan nasihat Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO itu kepada ahli Wanita, Pemuda dan Puteri supaya menjauhi sikap buruk seperti mencari personal glory.
Ahmad Zahid juga menyeru supaya ahli-ahli parti terbesar orang Melayu itu supaya melangkah sebagai satu pasukan yang mantap menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
“Saya mengajak seluruh kepimpinan pergerakan UMNO agar akur dengan keputusan Datuk Seri Presiden (Najib Razak) dalam menentukan siapa sahaja calon yang akan dipilih nanti.
“Biarlah kita sepakat dan akur sepenuhnya dengan keputusan Datuk Seri Presiden parti. Kita perlu menghayati konsep ‘Jiwa Jama’ie.
“Belajar menerima kelebihan dan kekurangan orang lain serta menyantuni setiap perbezaan,” katanya.- MalaysiaGazette