BERLIN – Sekurang-kurangnya 47 orang cedera selepas keretapi penumpang berlanggar dengan keretapi kargo dekat Duesseldorf.
Tiga penumpang dilaporkan cedera parah, menurut Twitter jabatan bomba.
Semasa kejadian, keretapi itu membawa 155 penumpang.
Setakat ini tidak dapat dipastikan punva kemalangan yang berlaku pada pukul 7.30 malam, berhampiran stesen Meerbusch-Osterath di utara Rhine-Westphalia, yang mana menjadi lokasi sebahagian besar penduduk.
Jabatan bomba memaklumkan kerja-kerja menyelamat berjalan lancar.
Seorang jurucakap pengendali keretapi Jerman, Deutsche Bahn, keretapi kargo DB berhenti ketika keretapi penumpang yang dikendalikan oleh National Express merempuhnya. – MalaysiaGazette