Home Utama UMNO, Pas bantah Baitul Maqdis jadi ibu kota Israel

UMNO, Pas bantah Baitul Maqdis jadi ibu kota Israel

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap ketika sidang media pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 ke 71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 07 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu kota Isreal baharu, UMNO hari ini komited bersama Pas menganjurkan perhimpunan bantahan esok.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan menghantar wakil dari parti itu untuk menyokong usaha Pas membantah tindakan terbaru Israel itu di hadapan Keduataan AS.

“Kita (pemimpin UMNO) masih ada di sini esok, kita akan sokong usaha mereka dengan menghantar wakil kita yang tidak terlibat dengan perhimpunan ini,” katanya pada sidang media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Jabatan Amal Malaysia di bawah Pas akan menganjurkan Himpunan Aman Solidariti Ummah Baitul Maqdis Pembebasan Dari Kekejaman Zionis di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat, esok.

Selain Pas, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia juga menganjur bantahan bersama Pas dengan menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya mahasiwa turun padang. – MalaysiaGazette.